MENGENAI KAMI

PUSAT KEMAHIRAN BAHASA

Cadangan penstrukturan semula Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (CEFLAGS) telah melalui lima (5) mesyuarat besar di peringkat university. Mesyuarat pertama adalah Mesyuarat Senat Universiti ke-199, No. 3/2021 bertarikh 15 Mac 2021 yang telah meluluskan Cadangan Penstrukturan Semula Fungsi di bawah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa di mana CEFLAGS telah dijenamakan semula sebagai Pusat Kecemerlangan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Terdapat dua (2) unit baharu telah dicadangkan di FBK iaitu Unit Kemahiran Bahasa dan Unit Kecemerlangan Bahasa.

.

Mesyuarat kedua adalah melalui mesyuarat JKPU No.11/2021 bertarikh 8 Julai 2021 di mana CEFLAGS dipindahka ke FBK sebagai Pusat Kecemerlangan. CEFLAGS ditempatkan sebagai satu unit di bawah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) atau Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi).

.

Pusat ini diwujudkan seperti fungsi Pusat Penyelidikan dan Inovasi Pedagogi di bawah Fakulti Pembangunan Manusia, dengan mengekalkan fungsi jawatan pentadbiran dan kursus umum yang ditawarkan oleh CEFLAGS.

.

  Kertas cadangan ketiga adalah melalui mesyuarat JKPU No.17/2021 bertarikh 1 November 2021 yang menetapkan hasil penggabungan FBK yang mana CEFLAGS telah bersetuju hanya seorang Timbalan Pendaftar (N48) dikekalkan dan dilantik untuk mengetuai CEFLAGS secara menyeluruh. Maka, jawatan Penolong Pendaftar (N44) daripada PBPU diamnsuhkan setelah penggabungan dilaksanakan.

.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) No.139/2022 bertarikh 27 Januari 2022 telah mengusulkan penstrukturan semula CEFLAGS, serta penemaan semula kepada HiCOE di FBK (nama dikekalkan tetapi fungsi PTj ditukar). Manakala, Mesyuarat JKPU No. 5/2022 telah meluluskan perubahan nama Unit Kemahiran Bahasa kepada Pusat Kemahiran Bahasa dan Unit Kecemerlangan Bahasa kepada Pusat Kecemerlangan Pendidkan Bahasa.

.

  Pusat Kemahiran Bahasa, FBK telah mengambil pendektan selangkah demi selangkah sehingga mencapai ke tahap sekarang. Massive Open Online Courses (MOOC) adalah kursus-kursus dalam talian yang menyasarkan pembelajaran dalam tanpa had dan akses terbuka melalui internet. MOOC dilihat memberi manfaat kepada sistem pendidikan tinggi di Malaysia yang mana MOOC berupaya menambah baik pendaftaran pelajar, kualiti pengajaran, pengantarabangsaan institusi pengajian tinggi dan menurangkan kos pengajaran.

.

  Sebagai menyahut seruan kerajaan kea rah pendidikan digital dan pembelajaran sepanjang hayat, PKB telah diberi mandat untuk menghasilkan kursus-kursus bahasa untuk ditawarkan dalam kaedah MOOC pada skala besar. Setakat Januari 2023, lebih 200 video pembelajaran telah dihasilkan merangkumi Sembilan (9) bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis. Terdapat tiga (3) peringkat bagi setiap bahasa yang dilihat memenuhi keperluan pelajar dalam kemahiran bahasa.

.

  Dengan berkonsepkan produksi dan latihan dalaman, selari dengan slogan universiti, Universiti No. 1 Pendidikan, pembangunan kaedah pendidikan MOOC  yang dilaksanakan oleh Pusat Kemahiran Bahasa (PKB) bukan hanya sekadar pembangunan material malah merangkumi prinsip kemahiran insaniah yang membenarkan para tenaga pengajar menghasilkan atau membangunkan kursus MOOC mereka sendiri. Dengan pengurusan kursus-kursus persediaan untuk tenaga pengajar, ia membantu dalam proses mereka bentuk bahan pengajaran bagi memastikan bahan-bahan yang dihasilkan adalah menarik dan berkualiti. Beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan dengan pembangunan imej profesional, kemahiran berhdapan dengan kamera, kemahiran pengajaran dan pembangunan bahan serta pengetahuan mengenai penggunaan platform MOOC telah dilaksanakan.

.

  MUET merupakan satu ujian kemahiran Bahasa Inggeris untuk menilai kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Insitusi Pengajian Tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bagi persediaan untuk MUET, pelajar Tingkatan 6 di sekolah menengah telah cukup persedian untuk menghadapi MUET.   Ketika ini, pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda perlu menduduki MUET dan memperolehi sekurngnya Band 1. Terdapat juga beberapa bidang pengajian yang menetapkan syarat kelayakan yang tinggi, sebagai contoh, untuk melayakkan calon memohon pengajian Pengajaran Bahasa INggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), program perubatan dan perundangan, calon dikehendaki mendapat sekurangnya Band 4. Penanda aras yang tinggi ini memerlukan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi sekurangnya Band 4 utnuk melayakkan mereka memohon program-program tersebut. Justeru, mereka amat memerlukan bimbingan dan bantuan untuk lulus MUET bagi melayakkan mereka memohon dan diterima masuk ke program yang mereka minati.

.

  Objektif umum program ini adalah untuk membantu pelajar UPSI dan pelajar Tingkatan 6 mencapai keputusan yang baik dalam MUET melalui:

.

 
  1.        menyediakan pembelajaran secara intensif untuk menambah baik kemahiran Bahasa Inggeris seperti kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis;
Ii.        Menawarkan perkongsian ilmu dan petua daripada guru0guru berpengalaman sebagai pemeriksa MUET; dan Iii.       Mendedahkan pelajar dengan teknik menjawab soalan MUET bagi membolehkan mereka menjawab soalan-soalan dengan baik.   Kursus Intensif MUET adalah program baharu yang direka untuk membantu Pusat Kemahiran Bahasa menjawa kewngan sendiri. Program ini telah menerima sambutan yang baik dalam kalangan calon MUET yang terdiri daripada pelajar UPSI dan Tingkatan 6 dalam daerah Mualim dan Hulu Selangor.

.

  Dengan kursus ini, adalah diharapkan pelajar UPSI terutamanya mendapat pendedahan dan bimbingan yang baik daripada tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman memandangkan mereka tidak pernah mendapat sebarang pendedahan sebelum menduduki MUET sebelum ini.

.

UPSI mempunyai infrastuktur yang berkualiti dan berkeupayaan memotivasikan para peserta kerana program ini dilaksanakan di universiti berprestij dengan kepakaran sedia ada.

.

  Pelaksanaan Kursus Intensif MUET secara tidak langsung akan meningkatkan lagi imej UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkemampuan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi di pelbagai peringkat.