Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perakadmin@fbk.upsi.edu.my+605-450 5255 /5286 /5277 / 7299(PKB)
Fakulti Bahasa dan Komunikasi terletak di Bangunan IPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Pada masa ini, fakulti menawarkan program di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D.). Sebagai sebuah institusi latihan perguruan, fakulti ini mempunyai ahli akademik yang berkelulusan tinggi dalam bidang komunikasi, bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Arab, kesusasteraan Melayu, dan bahasa-bahasa lain. Fakulti ini dapat memenuhi misinya untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan dengan bantuan kakitangan akademik dan bukan akademik yang berkelayakan ini.
Fakulti Bahasa dan Komunikasi berfungsi sebagai pusat perkembangan dan penyebaran bahasa dan sastera bagi melahirkan graduan yang fasih dan berkebolehan dalam bahasa utama dunia, serta mempromosikan budaya kebangsaan melalui pengajaran sastera dalam pendidikan. Pada dasarnya, Fakulti Bahasa dan Komunikasi bertujuan untuk menjana graduan yang kreatif dan inovatif serta sanggup memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat. Mereka juga diamanahkan untuk memupuk dan mengembangkan bahasa sebagai cabang ilmu, sastera, komunikasi, pendidikan, dan pembangunan sosial. Dalam pengertian ini, fakulti ini membantu universiti dan negara memartabatkan bahasa dan komunikasi sebagai disiplin ilmu dalam menghadapi cabaran dunia baharu.
Fakulti juga menjalankan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang bahasa, kesusasteraan, komunikasi, media, dan bahasa lain. Pencapaian ini membolehkan fakulti diiktiraf sebagai pusat rujukan dan perundingan mengenai isu yang berkaitan dengan bahasa, kesusasteraan, komunikasi dan media serantau