Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pendidikan yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam penguasaan bahasa Arab serta mampu mengaplikasikan ilmu pedagogi secara profesional dan berkesan. Program ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dalam melahirkan guru, sarjana bahasa dan profesional yang mampu berkomunikasi dan berfikir dalam konteks dunia pendidikan Arab dan Islam di peringkat global. Kurikulum program ini mengimbangi linguistik, kesusasteraan Arab, terjemahan, komunikasi dan kaedah pengajaran bahasa Arab. Pelajar akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran berasaskan projek, aktiviti komunikasi sebenar, penggunaan teknologi dalam pendidikan, serta latihan mengajar di sekolah untuk memperkukuh bahasa dan kemahiran pedagogi. Selain menumpukan kepada bidang pendidikan, program ini juga membuka peluang yang luas kepada graduan untuk memasuki pasaran kerja terbuka, termasuk dalam bidang diplomatik, komunikasi, perniagaan antarabangsa, penyiaran bahasa yang memerlukan penyiaran. Pendedahan kepada latihan industri dalam pelbagai aspek seperti pentadbiran, kebajikan, budaya, wacana dan penterjemahan juga melengkapkan graduan dengan kelebihan daya saing dalam pasaran global.