GAMBARAN KESELURUHAN

program yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan program akademik baharu yang direka untuk memperkasakan warisan bahasa, sastera, dan budaya etnik di Malaysia. Program ini memfokuskan usaha melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bahasa etnik tempatan seperti Iban, Kadazandusun, dan lain-lain, selaras dengan aspirasi negara dalam memelihara kepelbagaian bahasa dan identiti budaya. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa dan penghasilan bahan komunikasi yang relevan dengan masyarakat berbilang kaum.Selain menyediakan asas yang kukuh dalam bidang bahasa dan komunikasi, program ini juga menjadi program feeder kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Etnik) dengan Kepujian di UPSI. Program ini merupakan wadah penting dalam melahirkan golongan muda yang mampu menyumbang kepada pemuliharaan dan pembangunan bahasa etnik di Malaysia.