GAMBARAN KESELURUHAN

Diploma Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniversitiPendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan program pengajian yang menyediakan asas kukuh dalam penguasaan bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, dan pengetahuan linguistik. Program ini direka khusus untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam kemahiran bahasa dan pemikiran kritis, dan bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kurikulum program ini menekankan empat komponen utama bahasa — mendengar, bertutur, membaca, dan menulis — di samping mengukuhkan pemahaman dalam bidang tatabahasa, fonetik, wacana, dan komunikasi antara budaya. terjemahan, dan penggunaan teknologi dalam komunikasi moden.Program ini juga berfungsi sebagai program feeder kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian(TESL) di UPSI atau bidang pengajian lain yang berkaitan dengan bahasa dan komunikasi.