TwitterGoogle Bookmarks

facebook aqu 32

Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

INFO TERKINI

GLOBAL ESSAY COMPETITION: "MANY LANGUAGES, ONE WORLD"

ELS Educational Services, Inc. in collaboration with the United Nations Academic Impact (UNAI) is organising the 2nd global essay writing competition, “Many Languages, One World”. The goal of this competition is to promote multilingualism in the context of sustainable development.

The entries must be in an official language of the United Nations - Arabic, Chinese, English, French, Russian or Spanish - that is neither your first language nor the principal language of instruction during your primary or secondary education. For full contest details, rules and entry guidelines, please visit the contest website:http://ManyLanguagesOneWorld.ELS.edu 

NOTE: For those who are interested in entering the contest, please provide your names to Pn. Nor Aisyah at the main office.

Thank you.


HEBAHAN: KARNIVAL BAHASA DAN BUDAYA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) akan menganjurkan Karnival Bahasa dan Budaya seperti butiran yang berikut:

Tarikh: 5hb Mac 2015 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI

Sehubungan dengan itu, semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini. Datanglah beramai-ramai ke karnival ini.

Sekian, terima kasih.


JEMPUTAN & MAKLUMAN MAJLIS MALAM TAUTAN MAHABBAH & SOLAT HAJAT FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI

Bersempena dengan bermulanya sesi pengajian semester II 2014/2015, Unit Bahasa Arab FBK akan menganjurkan MALAM TAUTAN MAHABBAH & SOLAT HAJAT FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI. Antara matlamat aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara pelajar, staf pentadbiran dan staf akademik. Maklumat program adalah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa: 7.00 malam – 10.30 malam
Tempat: Dataran FBK UPSI

Antara aktiviti yang akan berlangsung dalam program tersebut ialah solat Maghrib, Isya’ dan Hajat berjemaah, bacaan surah al-Baqarah secara berkumpulan, zikir & doa (tahlil), tazkirah ringkas dan jamuan makan. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur ingin MENJEMPUT semua warga FBK untuk bersama-sama hadir pada malam tersebut.

Sekian terima kasih.


MINGGU PENASIHATAN AKADEMIK SECARA BERJADUAL

Pihak fakulti akan mengadakan Minggu Penasihatan Akademik Secara Berjadual bermula Sem 2 Sesi 2014/2015 (A142) bagi Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda seperti berikut:

Kali Pertama - 23 Feb-27 Feb 2015 (Minggu Ke-2) 
Kali Kedua - 20 April-24 April 2015 (Minggu Ke-9)
Kali Ketiga - 18 Mei-22 Mei 2015 (Minggu Ke-13)

*Tempat: Mengikut Kesesuaian Penasihat Akademik

Sehubungan itu, semua pelajar adalah diminta untuk berhubung dengan Penasihat Akademik masing-masing berkenaan perkara ini bagi membincangkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk perjumpaan.

Sekian, terima kasih.


MINGGU TAMBAH DAN GUGUR KURSUS SEMESTER 2 SESI 2014/2015 (ISMP)

1. Minggu Tambah Kursus - 16 Februari 2015 hingga 27 Februari 2015 (Dalam tempoh 2 minggu selepas kuliah bermula). Denda bermula pada 2 Mac 2015.

2. Minggu Gugur Kursus - 16 Februari 2015 hingga 3 April 2015 (Dalam tempoh 7 minggu selepas kuliah bermula). Denda bermula pada 13 April 2015.


PERSIDANGAN ANTARABANGSA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KEEMPAT 2015 (PAMBM4)

Salam sejahtera kepada semua kakitangan UPSI yang budiman.

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Keempat 2015 (PAMBM4) seperti butiran yang berikut:

Tema Persidangan: Bahasa Melayu dalam Konteks Budaya.
Subtema: seperti dalam lampiran
Tarikh: 26-28 Mei 2015
Tempat: Goethe Universitat, Frankfurt, Jeman
 
Sehubungan dengan itu, Dato'/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan semua dijemput menyertai persidangan ini.

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM WACANA AKADEMIK FEBRUARI 2015

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bahagian Akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi akan mengadakan Program Wacana Akademik bagi bulan Februari seperti yang berikut:
 
Nama Pembentang 1: Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj. Rohani
Tajuk: Deskripsi Kata Sendi Bahasa Melayu
 
Nama Pembentang 2: Dr. Mohd Hilmi bin Abdullah
Tajuk: Bahaya Pemikiran Nahu Muktazilah dalam Pentafsiran Al-Quran
 
Tarikh: 25 Februari 2015 (Rabu)
Masa: 9.00 - 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Suluh Budiman, Aras 1 Bangunan IPSI
 
Sehubungan dengan itu, pihak fakulti berbesar hati menjemput Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program ini. Mata CPD akan diberikan kepada semua peserta program ini.

Sekian dimaklumkan.


PEMBENTANGAN PROPOSAL PERINGKAT IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH (BULAN JANUARI 2015)

Sukacita dimaklumkan bahawa, sesi pembentangan proposal peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bagi Fakulti Bahasa dan Komunikasi akan diadakan seperti butiran dibawah:
 
10906444 1430295987215883 5274210191507367870 n 10906415 1435561946689287 7376878087014432186 n
 
Jesteru, pihak fakulti menjemput tuan/puan yang berminat dan berkelapangan untuk mengikuti pembentangan berkenaan seperti masa yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih. 


JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM WACANA AKADEMIK JANUARI 2015

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bahagian Akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi akan mengadakan Program Wacana Akademik bagi bulan Januari seperti yang berikut:
 
Nama Pembentang 1: Prof. Madya Dr. Siti Khariah bt. Mohd Zubir
Tajuk: Citra Wanita dalam Novel-Novel Melayu daripada Perspektif Pengarang Wanita
 
Nama Pembentang 2: Dr. Norjietta bt. Taisin
Tajuk: Unsur Metafora dalam Pantun Kadazandusun dari Dimensi Alam dan Budaya
 
Tarikh: 28 Januari 2015 (Rabu)
Masa: 2.30 - 4.30 petang
Tempat: Anjung 1, Aras 2 Bangunan IPSI
 
Sehubungan dengan itu, pihak fakulti berbesar hati menjemput Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program ini. Mata CPD akan diberikan kepada semua peserta program ini.

Sekian dimaklumkan.


MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR 2015

 

Tarikh: 28 Januari 2015 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City

 


BUKU JARINGAN PEDAGOGI BAHASA MELAYU DAN BUKU JARINGAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU 

 

Sempena Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu Ketiga 2014, Fakulti Bahasa danKomunikasi, melalui Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu telah melancarkan dua buah buku yang berkaitan dengan pedagogi dan pengajian bahasa Melayu terbitan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Buku berikut ialah:

  1. Jaringan Pedagogi Bahasa Melayu
  2. Jaringan Pengajian Bahasa Melayu

Jaringan Pedagogi Bahasa Melayu   Jaringan Pengajian Bahasa Melayu

 
Buku ini boleh didapati di Fakulti Bahasa dan Komunikasi atau di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

Sekian maklum.


 

E-ADUAN/MAKLUM BALAS