PIAGAM PELANGGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB

                                                                      FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Bil.

                                                                                            Janji

 
 

1.

Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

 
 

2.

Memastikan Buku Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.

 
 
 

3.

 Memastikan Rancangan Instruksional (RI) / Pro Forma Kursus boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.

 
 

4.

Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan.

 
 
 

5.

Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang – kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.

 
 

6.

 Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti / program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

7.

Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal / bengkel / studio sedia digunakan selewat-lewatnya 10 minit sebelum kuliah bermula.

 

8.

Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.