Visi, Misi dan Objektif

Kategori: Malay Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 Ditulis oleh Super User

Visi

Menjadi fakulti yang cemerlang bagi menjana kesarjanaan dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan komunikasi melalui penerokaan ilmu baharu dan pelestarian warisan.

Misi

Membina budaya keilmuan bagi melahirkan modal insan dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan komunikasi yang menerajui perkembangan globalisasi.

Objektif Kualiti Fakulti Bahasa dan Komunikasi

  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak fakulti.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% pensyarah dan kakitangan selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak fakulti.
  • Memastikan nisbah pensyarah kepada pelajar adalah 1:20 bagi jumlah pelajar sepenuh masa.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 95% pelajar mendapat PNGK 2.75 ke atas.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 85% pelajar mendapat PNGK 3.00 ke atas.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 97% pelajar bergraduat dalam tempoh (8) semester.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 90% pensyarah mendapat penilaian baik (skor 75% ke atas) dalam penilaian kursus oleh pelajar.
  • Memastikan 100% Kakitangan Pentadbiran dan Sokongan dan Kakitangan Akademik (tetap dan kontrak) memenuhi mata minimum CPD mengikut kumpulan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak fakulti.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% penyelidikan yang dijalankan mengikut hala tuju fakulti dan Universiti.
Jumlah paparan: 478