Aluan Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Kategori: Malay Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 Ditulis oleh Super User

 

dekan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang masing-masing di Fakulti Bahasa dan Komunikasi ini. Program yang ada boleh membentuk anda semua untuk menjadi bakal guru yang cemerlang dan berketrampilan bukan sahaja dari aspek pengajaran dan pembelajaran tetapi dari sahsiah dan penampilan sebagai seorang pendidik. Saya percaya anda semua telah membuat pilihan yang tepat untuk datang ke fakulti ini. Kedatangan anda dialukan dan pihak fakulti berharap agar anda berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian anda dan seterusnya menjadi kebanggaan fakulti ini. Kami menyediakan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini serta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan pensyarah-pensyarah yang berkaliber dan berkelayakan.

                 

Saya berharap anda semua dapat meneliti buku panduan ini sebagai rujukan sepanjang tempoh pengajian di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Jika buku panduan ini benar-benar difahami dan dihayati sudah tentu ianya dapat menjadi panduan yang berguna sepanjang tempoh pengajian anda di sini.

Pihak fakulti sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu supaya proses pembelajaran anda semua berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita amalkan dasar bermuafakat dan bermusyawarah untuk mencipta kecemerlangan diri dan menjadikan Fakulti Bahasa dan Komunikasi fakulti yang terbilang.

Wassalam dan Selamat Maju Jaya.

PROF. MADYA DR. NOR AZMI BIN MOSTAFA

Dekan

Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jumlah paparan: 1252