GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN YURAN BAGI MENGHADIRI SEMINAR / PERSIDANGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN AKAUN AMANAH IPS-FBK

Published: Thursday, 09 March 2017 Written by Super User

 

Dimaklumkan bahawa pelajar program Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah yang akan menghadiri Seminar atau Persidangan boleh membuat tuntutan pembayaran yuran melalui

fakuti seperti butiran berikut:

i) Pembayaran yuran hanya boleh dituntut bagi pembentang kertas kerja.

ii) Surat rasmi perlu dikemukakan kepada Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk kelulusan bagi menghadiri seminar / persidangan dengan menggunakan peruntukan Akaun Amanah IPS-FBK.

iii) Dokumen yang perlu disertakan adalah abstrak kertas kerja, surat penerimaan abstrak dan brosur (maklumat perlu lengkap) seminar / persidangan.

iv) Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya satu bulan (30 hari) sebelum tarikh seminar / persidangan akan diadakan.

 

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini bolehlah menghubungi Pn. Ainnur Hadhinah binti Sharum, Pembantu Tadbir (P/O) Jabatan di talian 05-4506232.