Client Charter

Category: English Published: Tuesday, 10 May 2016 Written by Super User

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  1. Memastikan Buku Panduan Akademik Fakulti diedarkan pada minggu pertama kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.  
  2. Memastikan pelajar telah membuat pendaftaran semester melalui sistem IMS dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kuliah bermula pada setiap semester pengajian.
  3. Memastikan rancangan instruksional (RI) dan bahan pengajaran boleh diakses dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.
  4. Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan.
  5. Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang-kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.
  6. Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti/program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  7. Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal/bengkel/ stor/studio sedia digunakan selewat-lewatnya 10 minit sebelum kuliah bermula.
  8. Memastikan senarai penerima sijil dekan dipaparkan dua (2) minggu selepas kelulusan Mesyuarat Senat.
  9. Memastikan aduan pelanggan diberi maklum balas dalam tempoh 24 jam.
  10. Memastikan perkhidmatan kaunter untuk sebarang pertanyaan dilayan dalam jangka masa lima (5) minit.
Hits: 2096